mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan (1) Q3 (2019)

Nama Norhusna Binti Abdullah
Umur 33 Tahun
no Tel 0187063899
Tahun menjadi Ahli PI 2016

 

Latar belakang

Puan Norhusna adalah seorang guru KAFA yang bertugas mengajar kelas fardu ain SK..Bukit Tiu. Beliau juga antara usahawan yang gigih menjual pelbagai jenis kek, tart, dan apam. Minat beliau dalam membuat kek mendorong beliau untuk mengusahakan kek dan kuih sendiri mengikut kehendak pelanggan. Walaupun sibuk bekerja dan menguruskan keluarga, namun beliau tetap berusaha memenuhi kehendak pelanggan yang telah menempah kek. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT, beliau menjual kek dan kuih kepada rakan setugas, kenalan dan jiran-jiran sekitar rumah. Beliau hanya membuat dan menjual kek tersebut dari rumah. Purata pendapatan sebulan dalam anggaran RM700-800.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan sebulan hasil jualan kek dan kuih adalah antara RM2500 – RM3000. Setelah mempelajari cara pemasaran atas talian, beliau aktif mempromosikan produk dalam facebook, instagram, dan whatsapp. Permintaan dan tempahan dari pelanggan semakin meningkat terutamanya waktu musim perayaan dan cuti sekolah. Kebanyakkan pelanggan datang mengambil sendiri kek yang telah ditempah di rumah beliau. Selain itu, beliau turut menyediakan perkhidmatan menghantar kek tersebut dalam kawasan sekitar Machang dengan kadar caj yang berpatutan(Cash on delivery).