Nama : Munirah Binti Mahmud
Umur : 33 Tahun
Latar belakang
Munirah Bt Mahmud adalah seorang pengusaha restoran masakan panas dan chicken chop. Beliau memulakan perusahaan itu sejak setahun yang lalu. Sebelum ini beliau telah membuka kedai makan di Pangkal Meleret tetapi telah berpindah kedai di Padang Selising, Machang setelah kematian ayahnya. Minat dalam masakan dan rajin ke dapur mendorong beliau untuk membuka kedai makan dan mengusahanya sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat sekitar kawasan Machang. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM900.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM1700 – 2500. Beliau membuat promosi untuk menarik perhatian pengguna media sosial terutamanya menggunakan facebook dan whatsapp. Dengan adanya media sosial facebook ini, ia memudahkan kenalan untuk mencuba makanan yang ditunjukkan dalam medium tersebut . Antara masakkan yang menjadi kegemaran ramai ialah chicken chop, nasi goreng daging blackpepper dan nasi sup.