mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan (1) Q1 (2020)

Nama Siti Nurain Ismail
Umur  21 Tahun
no Tel  019-9435344
Tahun menjadi Ahli PI  2018

 

Latar belakang

Siti Nur Ain Ismail adalah usahawan muda yang memiliki kedai runcit yang terletak di Banggol Judah, Machang . Selepas tamat belajar beliau mula bekerja sendiri dengan membantu kedai runcit ibunya dan menjual barang basah keperluan dapur untuk menampung keperluan penduduk sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas usahawan dan ICT, beliau kurang mendapat pendedahan tentang cara mempromosikan produk menggunakan media sosial. Pelanggan sekitar kerap datang membeli di kedai beliau kerana harga yang berpatutan dan tidak perlu ke bandar untuk mencari barang keperluan. Pendapatan adalah kurang dan  purata sebulan dalam anggaran RM1000- RM500 dan bergantung hasil jualan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan sebulan secara kasar adalah  antara RM2000– RM2500. Dengan adanya aplikasi media sosial seperti facebook dan whatsapp ini, ia memudahkan beliau untuk mendapat pelanggan yang memerlukan penghantaran sampai ke rumah Beliau turut mendapat pesanan tempahan melalui whatsapp. Kini beliau telah tahu cara mempromosikan produk dengan baik dan banyak membantu beliau untuk meningkatkan jualan.