Nama: Tuan Putri Raihanah Binti Tuan Rosedi
Umur : 26 tahun
Latar Belakang
Sempena hari raya puasa tahun 2016, beliau telah membuat sejenis kudapan iaitu Popia Seaweed Cheese. Pada mulanya, beliau sekadar membuat untuk menjamu tetamu sempena sambutan Hari Raya sahaja. Tapi setelah beberapa rakan memuji akan keenakan popia seaweed cheese tersebut, rakan beliau mula membuat tempahan popia tersebut. Disitulah bermulalah perniagaan popia seaweed cheese beliau. Sekarang beliau telah membuat pelbagai perasa dan mempunyai 3 jenis perasa popia Seaweed Cheese. Popia beliau telah mendapat sambutan hangat dari pelanggan tidak mengira usia. Malah, kanak kanak turut menyukai kudapan tersebut.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya menjual popia seaweed cheese kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja. Tetapi setelah mereka merasai keenakan popia seaweed tersebut, beliau telah mengambil alternatif untuk menjalankan perniagaan secara atas talian dan turut menggunakan kemudahan ICT yang ada untuk mempromosikan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI
Setelah beliau menghadiri kursus keusahawanan di Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tiu, dan menggunakan perniagaan atas talian, semakin ramai yang mengenali produk beliau. Ramai rakan-rakan dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan juga universiti yang membuat tempahan dengan beliau. Malah ada juga pelanggan yang berulang kali membuat tempahan popia beliau. Beliau telah mengembangkan perusahaan beliau dan berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM500 sehingga RM1200 sebulan.