Nama : Ahmad Syaarif Asyraf B. Ariffin
Umur : 19 Tahun
Latar belakang
Ahmad Syaarif Asyraf B.Ariffin adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau menyambung pelajaran dengan sijil kemahiran jurusan Automotif di Pusat GiatMara Machang. Beliau kerap mengikuti kelas latihan ICT di Pusat Internet Bukit Tiu. Beliau mempelajari cara mendaftar dan menggunakan emel dengan betul. Sebelum ini beliau tidak mendapat pendedahan tentang penggunaan internet dan ict. Selepas mendapat tunjuk ajar dari petugas pusat internet, kini beliau pandai menggunakannya dengan baik
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau menyertai kelas ICT di Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kurang mendapat pendedahan tentang kemudahan penggunaan komputer dan internet. Beliau ingin mempelajari cara mendaftar dan menggunakan emel bagi menghantar resume untuk memohon pekerjaan. Beliau kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan internet yang betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Bukit Tiu, beliau berjaya memanfaatkan penggunaan emel dengan betul terutamanya untuk memohon pekerjaan setelah tamat belajar nanti. Di samping itu, beliau dapat mencari maklumat dan pengetahuan tentang sesuatu perkara dengan mudah dan semuanya di hujung jari.