Nama | Suria Binti Azizan |
Umur | 19 Tahun |
no Tel | 019-6785676 |
Tahun menjadi Ahli PI | 2019 |
Latar belakang
Suria Bt Azizan adalah seorang pelajar Giat Mara Machang. Beliau sambung pengajian dalam sijil kemahiran setelah tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mengikuti kursus Kemahiran Jahitan kerana minat dalam jahitan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau menyertai kelas Keusahawanan dan kelas ICT di Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kurang mendapat pendedahan tentang kemudahan penggunaan komputer dan internet. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan internet dan komputer menyebabkan beliau kurang mendapat pendedahan dan minat untuk belajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kini telah dapat menggunakan komputer dan interenet dengan betul. Beliau mendapat tunjuk ajar cara melakukan transaksi dan perbankkan atas talian mengunakan Maybank2u dan cimb cliks. Sebelum ini segala transaksi dilakukan di bank. Melalui kemudahan perbankkan internet ini telah banyak membantu beliau melakukan urusan peribadi tanpa perlu beratur dan menunggu lama di bank.