Nama: Siti Aisyah Binti Mohd Raffe
Umur : 20 tahun
Latar Belakang
Siti Aisyah Bt Mohd Raffe merupakan seorang lepasan pelajar sekolah. Beliau kerap datang ke Pusat Internet Bukit Tiu untuk menggunakan perkhidmatan komputer. Beliau turut mengikuti kelas latihan komputer yang ditawarkan oleh petugas di sini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum beliau mengikuti kelas latihan komputer dan Microsoft Office di Pusat Internet, beliau tidak pandai dan sukar untuk menggunakan komputer dengan betul. Beliau tidak mendapat pendedahan tentang cara penggunaan komputer dan internet
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas latihan komputer yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kini telah dapat menggunakan komputer dengan sendiri. Kini, beliau dapat membuat resume, menaip surat dan lain-lain lagi dengan menggunakan Microsoft office. Kemudahan yang disediakan di Pi1M ini membantu beliau untuk mencari maklumat dan sebagainya. Bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas secara tidak langsung membimbing beliau ke arah menjadi seorang yang celik ICT.