mcmc
Makanan

Cek Mek Molek

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek berwarna jingga yang dilenyekkan dan tepung gandum sebagai adunan dan gula sebagai inti, kemudian digoreng rendam. Kuih cek mek molek mendapat namanya, sedemikian kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek.