kuih tepung talam, atau lebih tepat dipanggil talam gula merah. Kuih ini mempunyai dua bahagian penyediaan iaitu lapisan gula merah di bawah dan atasnya lapisan santan yang lemak masin. Apabila dimakan, gabungan rasa manis gula merah dan lemak santan itu memang […]

Selalu dengar ramai orang dari negeri lain sering bercuti ke Kelantan kerana menyukai masakan Kelantan kerana rasanya yang amat sedap. Termasuklah pisang goreng di Kelantan yang mana sedikit berbeza dengan negeri lain, berhabuk dan sangat rangup.

Singgang Ikan Tenggiri Kelantan yang memang sangat lazat. Terbaik jika menggunakan ikan tenggiri yang segar. Versi Kelantan memang tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas. Masakan ini juga sangat sihat kerana tiada minyak dan sesuai untuk orang yang berdiet kerana sangat rendah kalori.

Pulut Ikan Gaul Nyor merupakan sejenis hidangan pulut tawar biasa yang digaul bersama dengan isi kelapa putih dan juga ikan goreng/ ikan kering. Memang sangat sinonim di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu sebagai makanan sarapan pagi bersama secawan kopi ‘o’ […]

Pernahkan anda mencuba masakan maggi dengan ketam? Maggi ketam ini kedengaran bunyinya agak unik dan menarik hati pelanggan untuk mencubanya. Adakah anda begitu tertanya-tanya bagaimana rasanya? Di Kelantan, anda boleh memesan makanan lazat ini di mana-mana sahaja.

Kerabu Sarea ini juga merupakan makanan tradisional Kelantan. Ia menggunakan sejenis rumpai laut yang diolah menjadi satu hidangan dan boleh dimakan bersama nasi putih.

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek berwarna jingga yang dilenyekkan dan tepung gandum sebagai adunan dan gula sebagai inti, kemudian digoreng rendam. Kuih cek mek molek mendapat namanya, sedemikian kerana […]

ETOK SALAI Etok apabila musimnya banyak diperoleh dan dijual secara meluas di bahu jalan di beberapa daerah di Kelantan. Etok, tidak banyak bezanya dengan kepah atau kerang, cuma saiznya lebih kecil sedikit. Wajib cuba etok jika ke Kelantan kerana […]

CARA MEMBUAT SIRA LABU Bahan bahan:1/4 biji labu – buang kulitSegenggam gula pasirSecubit garam1 helai daun pandan – potongSedikit air kapur Cara cara:1. Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu […]
Sebut sahaja Nasi Kak Wok pastinya anda cukup mengenalinya. Tambahan pula ia begitu senang dijumpai di serata tempat. Namun, tahukah anda asal usul hidangan ini? Hidangan ini terdiri dari nasi putih, ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kuah gulai pekat […]