mcmc
Makanan

BUDU

Budu merupakan sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus. Budu ini biasanya dicampurkan dengan hirisan bawang, cili serta perahan limau untuk menghasilkan rasa yang begitu menyelerakan. Ia sangat sesuai dimakan bersama ikan bakar dan juga ulam – ulaman menjelang makan tengahari.