Tarikh | : 18 April 2019 |
Masa | : 10.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 18 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta penggunaan perbankan secara talian bagi memudahkan sebarang urusan harian tanpa perlu mengunjungi bank yang terdekat untuk melakukan transaksi, perpindahan wang ke akaun lain dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat terlebih dahulu mengenai kebaikan perbankkan dalam talian, kemudian peserta diajar bagaimana melayari laman web tersebut dan memasukkan data-data peribadi untuk akses secara online. Peserta kemudian diajar cara membuat sebarang urusan didalam perbankkan talian.