Tarikh | : 15 Disember 2018 |
Masa | : 8.30 pagi -12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 85 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat.Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat.Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Pengunjung dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dan diberi sedikit cenderahati. Peserta berbasikal “Funride” mengambil tempat untuk memulakan acara diiringi oleh pasukan pertahanan awam dan juga polis trafik sebagai kawalan keselamatan. Pasukan RELA juga bersiap sedia berjaga-berjaga. Aktiviti didalam pusat internet dimulakan dengan pertandingan poster dan artikel kesihatan, Kuiz Online Kahoot , pemeriksaan kesihatan, analisa kulit dan Free Makeup daripada Mary Kay. Cabutan hadiah juga diadakan untuk pengunjung.