Nama: Nor Azraiha Bt Johari
Umur: 38 tahun
Latar belakang
Puan Nor Azraiha Johari merupakan usahawan penginapan homestay di Machang. Beliau memulakan perkhidmatan ini sejak tahun 2017 lagi sehingga kini. Homestay tersebut adalah kepunyaan ibunya dan beliau menguruskan homestay tersebut untuk kemudahan penginapan orang ramai yang memerlukan. Homestay tersebut adalah sebuah banglo 2 tingkat dilengkapi segala kemudahan seperti penghawa dingin setiap bilik, ruang dapur memasak, kawsan berpagar yang luas untuk kereta dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan laman web mudah.my, beliau hanya mempromosikan homestay tersebut melalui komuniti sekitar dan kenalan beliau. Tempahan pula kurang mendapat sambutan. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM400- RM600 dan bergantung pada pelanggan yang menginap.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebulan secara kasar adalah antara RM2000– RM2500. Dengan adanya laman web mudah.my dan aplikasi media social whatsapp ini, ia memudahkan beliau untuk mendapat tempahan dari pelanggan dan mempromosikan homestay tersebut Sambutan penginapan homestay dari pelanggan amat menggalakkan terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah. . Kebanyakkan yang datang menginap homestay tersebut adalah dari luar Kelantan dan tinggal berjauhan. Mereka biasanya menetap 2 malam dengan kadar harga yang amat berpatutan mengikut bilangan bilik yang dikehendaki.