Nama: Norlisa Binti Nordin
Umur: 36 tahun
Latar belakang
Puan Norlisa Binti Nordin adalah seorang usahawan kosmetik yang menjual pelbagai jenis kosmetik. Beliau mula menjadi usahawan sejak 3 tahun yang lalu. Bermula dari minat beliau terhadap dunia kosmetik beliau kemudiannya membuka sebuah kedai kosmetik . Beliau juga turut menjual beg dan juga pakaian di kedai beliau yang berhampiran dengan bandar machang dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang berminat menjadi dropship barangan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, beliau hanya melakukan promosi menggunakan banner dan risalah. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM400- RM800 dan bergantung pada jumlah pelanggan yang berkunjung ke kedai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebulan secara kasar adalah antara RM2000– RM3000. Dengan adanya media sosial facebook ini, ia memudahkan untuk pelanggan mendapat maklumat mengenai kosmetik dan barangan lain yang terdapat di kedai beliau dan membuat tempahan secara online. Sebarang bentuk promosi dan offer dapat beliau iklankan di laman sosial. Antara barangan yang sering mendapat sambutan daripada pelanggan ialah barangan kosmetik. Sambutan dari pelanggan amat menggalakkan kerana barangan yang terdapat di kedai beliau adalah barangan dengan harga yang termurah. Oleh sebab itu, ramai pelanggan tetap beliau sendiri yang menjadi dropship dan agent barangan beliau.