Tarikh | : 06 Ogos 2018 |
Masa | : 12.00 tengah hari – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Bukit Tiu |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta aplikasi yang terdapat dalam dashboard komuniti. Aplikasi ini digunakan untuk memeriksa tekanan darah, memantau tahap kesihatan misalnya kadar kolesterol dalam darah, kadar degupan jantung dan sebagainya. Bacaan tersebut akan direkod di dalam MyHealth Dashboard Komuniti. Selain itu, di dalam My Health juga terdapat maklumat kesihatan yang boleh menjadi panduan kepada pengguna.
Aktiviti
Para peserta diberikan pemeriksaan tekanan darah secara percuma dan juga di timbang berat badan. Peserta kemudiannya mendaftar masuk melalui Dashboard Komuniti dan mendaftar untuk I-Health. Peserta juga turut diperkenalkan dengan peralatan seperti pemeriksaan darah.