mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 5 (2018)

Nama: Noralizan Bt Mohd Azuan

Umur: 29 Tahun

Latar belakang

Noralizan Bt Mohd Azuan merupakan seorang usahawan kerepek. Beliau memborong secara terus dari kilang dan kemudian membuat pembungkusan semula mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan. Antara kerepek yang dijual termasuklah kerepek ubi pelbagai perisa seperti kerepek pedas, lada hitam, pedas kering, tomato dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM750- RM900. Beliau menjalankan jualan kerepek ini secara kecil-kecilan kepada pelanggan yang berdekatan. Sebelum ini, beliau kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan ICT untuk mengetengahkan pasaran produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebulan secara kasar adalah  antara RM1800 – RM2500. Melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp ini, beliau mendapat permintaan yang amat menggalakkan dari pelanggan jauh dan dekat. Ada antara pelanggan jauh yang membeli secara borong. Secara tidak langsung, beliau mampu menjana pendapatan lebih baik dari sebelum ini.  Beliau menggunakan media sosial ini sebagai medium utama untuk mempromosi dan memasarkan produk kepada pelanggan.