Tarikh : 19 Julai 2018
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Bukit Tiu
Peserta : 5 orang
Tujuan
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta online grooming iaitu bagaimana kanak-kanak boleh menjadi mangsa seks melalui media sosial iaitu secara online. Menerangkan bagaimana aplikasi chat dimedia sosial dapat memberi kesan keatas kanak-kanak yang tidak berhati-hati terhadap gangguan seks yang dihadapi.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai aplikasi chat seperti wechat, facebook messenger, whatsapp, beetalk dan line digunakan untuk memperdaya mangsa iaitu kanak-kanak untuk tujuan seksual, keganasan dan jenayah. Petugas menunjukkan cara bagaimana mangsa terpedaya dengan orang yang tidak dikenali melalui chat. Pelajar seharusnya mempunyai ilmu pendidikan seksual samada dirumah mahupun disekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.