Bagi peminat cendol yang berada di kawasan Machang mungkin sudah menikmati kesedapan cendol di gerai Tebu King Cendol Tok Janggut. Kepelbagaian cendol yang disediakan seperti Cendol Biasa ,Cendol Jagung ,Cendol Pulut ,Cendol Kacang dan Cendol Special mampu memberi tarikan kepada pelanggan. Selain daripada itu, gerai ini juga menyediakan makanan seperti laksa, laksam, nasi lemak dan menu terbaru adalah nasi minyak. Pencuci mulut seperti Durian crepe juga turut dijual di gerai ini.
Nama : Tebu King Cendol Tok janggut
Alamat : Jalan Pasir Puteh Lama, 18500 Machang Kelantan.
Waktu operasi : Sabtu – Khamis ( 11am – 6pm)
No Tel : 013 9277929