Penyelaras projek laman seni program Toyota Eco Youth Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah 2, Mohd Salmizi Ismail mengetuai projek yang dijalankan untuk memberikan wajah baru lorong dan ianya adalah hasil sentuhan lapan pelajar sekolah tersebut. Turut membantu memberikan nafas baharu lorong yang dahulunya jadi laluan tikus adalah penuntut Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang. Lebih 100 orang yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut termasuk pemilik kedai berdekatan yang turut memberikan kerjasama kepada peserta program ini. Majlis perasmian program Toyota Eco Youth SMK Hamzah 2 itu telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN negeri, Drs Ahmad Yani Mohammad. lorong Cek Mek Molek yang terletak di bandar Machang bakal menjadi tarikan pelancong jika usaha tersebut terus dikekalkan. Pelajar memilih untuk menjadikan tempat itu lebih bersih dan yang penting selamat untuk dilalui sesiapa sahaja. Hasilnya ia dipenuhi lukisan mural yang indah dan menggamit orang ramai untuk merakam gambar kerana suasananya yang unik