


| TARIKH | 16 JANUARI 2026 |
| MASA | 3.00 PETANG – 3.15 PETANG |
| PESERTA | PELAJAR |
| TEMPAT | NADI BUKIT TIU |
TUJUAN
Seramai dua (2) orang peserta dari NADI Bukit Tiu telah menyertai Modul 2 E-Sukan: Etika & Sikap Pemain bagi sesi Januari 2026, dengan penyertaan peserta bermula pada hari ini. Modul ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan etika, sikap profesional dan nilai kesukanan dalam dunia e-sukan. Antara fokus utama modul adalah membentuk tingkah laku positif, komunikasi yang berhemah serta sikap bertanggungjawab sebagai pemain dalam persekitaran digital.
AKTIVITI
Penyertaan ini diharapkan dapat membantu peserta memahami peranan etika dalam e-sukan serta membina jati diri yang lebih berdisiplin dan matang, selari dengan usaha berterusan NADI Bukit Tiu dalam memperkasa komuniti melalui program pembangunan digital.