Tarikh : 16 Mac 2018
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Bukit Tiu
Peserta : 9 orang
Tujuan
Memberi penerangan kepada peserta mengenai perisian komputer iaitu Microsoft Office
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan perisian komputer iaitu Microsoft Office yang paling popular digunakan. Antara Microsoft Office yang paling kerap digunakan untuk pelbagai tujuan penting ialah Microsoft Office Word, Excel dan juga Powerpoint. Peserta diberi penerangan secara lebih meluas mengenai penggunaan Microsoft Office dan cara mengaplikasikannya dengan lebih efektif. Cara ini akan membuka mata peserta untuk meluaskan pengetahuan mereka dan memudahkan sebarang bentuk aktiviti yang berkaitan.