Nama : Riadi Aswin Bin Riad Ali
Umur : 28 Tahun
Latar Belakang
Sebelum memulakan perusahaan Zafir Ais ini, bapa beliau bekerja dengan KB Ais. Dengan berbekalkan modal dan pengalaman, bapanya memulakan perusahaan ini dan kini telah diambil alih oleh Riadi Aswin, anaknya untuk meneruskannya. Antara produk yang diusahakan oleh beliau ialah ais, minuman RO dan juga daging sejuk beku.
Sebelum penggunaan ict / penglibatan PI
Anggaran kasar pendapatan sebulan adalah antara RM45,000- RM50,000. Beliau mempunyai pelanggan tetap dan kenalan sekitar Machang.
Selepas penggunaan ict / penglibatan PI
Melalui penggunaan dan promosi atas talian melalui whatsapp dan facebook, beliau dapat mengembangkan lagi perusahaan tersebut. Beliau berjaya meraih pendapatan tinggi sekitar RM120,000 – RM150,000 sebulan.