
Ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak bukan perkara remeh. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat sihat sejak kecil. Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk mengawal penggunaan gajet dan menggalakkan gaya hidup aktif: Elakkan pendedahan gajet kepada kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah
Hadkan penggunaan gajet kepada maksimum 1 jam sehari bagi anak berumur 2 hingga 5 tahun
Banyakkan aktiviti fizikal dan permainan luar untuk menyokong perkembangan sosial mereka
Anak-anak adalah cerminan didikan ibu bapa. Mari sama-sama membentuk generasi yang lebih sihat, aktif dan seimbang!