mcmc
Maklumat Am

NADI E-SUKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi Podcast NADI Malaysia Episod 6 bertajuk “e-Sukan dalam Pendidikan: Lebih Daripada Hobi”, menampilkan tetamu jemputan Amir Syafiq Bin Abd Rashid, Pengurus Selangor Red Giants (SRG) dan Muhammad Azam Izzuddin bin Mohd Amin (Maima), Midlaner bagi RSG Esports MY.

Dalam episod ini, mereka berkongsi bagaimana pendidikan dan e-sukan dapat bergerak seiring dalam membentuk masa depan yang lebih cerah. Dari pengalaman akademik hingga ke arena e-sukan profesional, mereka membuktikan bahawa e-sukan bukan sekadar permainan, tetapi juga satu platform untuk membina kerjaya, kemahiran strategik, dan peluang masa depan.

Kenapa episod ini penting untuk dikongsi?
✅ Mengubah persepsi negatif terhadap e-sukan.
✅ Bagaimana e-sukan boleh menjadi laluan kepada peluang pendidikan dan pekerjaan.
✅ Peranan kemahiran seperti pemikiran kritikal dan kerja berpasukan dalam akademik dan kehidupan seharian.
✅ Kisah inspirasi bagaimana mereka berjaya mengimbangi pelajaran dan e-sukan sehingga ke peringkat tertinggi.

Kami amat menggalakkan anda untuk menonton dan berkongsi episod ini dengan komuniti, ibu bapa, pelajar, serta mereka yang berminat untuk memahami potensi sebenar e-sukan dalam dunia pendidikan dan kerjaya.

📌 Tonton podcast penuh di sini: https://youtu.be/FWDEcnyxnSo

Terima kasih atas sokongan anda dalam usaha memperkasakan e-sukan sebagai platform pembangunan generasi masa depan!