PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BUKIT TIU, Kelantan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Dahulunya ia dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti, tetapi sekarang nama telah dikenali sebagai PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI). Ia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat NADI rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan terbaru 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
BANGUNAN LAMA KANTIN SK. BUKIT TIU
18500 MACHANG
KELANTAN
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
9.00 pagi – 6.00 petang
(KECUALI akan ditutup pada cuti umum)
Objektif:
• Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.
• Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
• Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing.
• Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
• Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti.
• Memberi latihan kepada usahawan-usahawan berdasarkan internet dan komputer
Antara Perkhidmatan Percuma Yang Disediakan:
• Kelas Microsoft Office
• Membaca Berita Online
• Portal-Portal Kerajaan (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
• Format Komputer/Laptop/Netbook
• Microsoft Office/Gom Player Dll
• Pembelajaran Ict
• Penggunaan Internet Dan Computer
• Printing/Fotostat/Binding/Laminating
Antara Perkhidmatan Berbayar Yang Disediakan:
• Sewa tempat latihan
• Print (Hitam/Putih & Warna)
• Binding
• Pengimbas (scanning)
• Laminate
• Fotostat