
Bahaya Pemangsa Dalam Talian!
Pemangsa siber sering menggunakan media sosial dan permainan dalam talian untuk mendekati kanak-kanak. Mereka boleh berpura-pura menjadi rakan sebaya untuk mendapatkan maklumat peribadi!
Lindungi anak-anak kita dengan langkah berikut:
Ajar mereka agar tidak berkongsi maklumat peribadi.
Gunakan kawalan ibu bapa (parental control).
Bincangkan risiko internet secara terbuka.
Galakkan mereka bertanya jika ada perkara mencurigakan.
Sentiasa berwaspada dan pastikan anak-anak kita selamat di dunia digital!