mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2022: Pengenalan Kepada Internet

Tarikh : 17 Februari 2022
Masa : 11.30 Tengahari – 1.30 Petang
Lokasi : PEDI Bukit Tiu
Peserta : 6 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian  yang kecil untuk membentuk rangkaian internet.

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian pelajar didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Seterusnya pelajar diajar bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi Google Meet untuk pembelajaran secara atas talian. Ini dapat memudahkan pelajar mengikuti pelajaran secara atas talian tanpa perlu berjumpa secara terus. Hal ini akan dapat menjimatkan masa, khasnya pada musim pandemik adalah amat disarankan pembelajaran secara atas talian untuk mengelakkan sebarang jangkitan.