mcmc
Makanan

Pulut Ikan Bakar

Pulut Ikan Gaul Nyor merupakan sejenis hidangan pulut tawar biasa yang digaul bersama dengan isi kelapa putih dan juga ikan goreng/ ikan kering. Memang sangat sinonim di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu sebagai makanan sarapan pagi bersama secawan kopi ‘o’ panas. Makanan ni memang simple sahaja tetapi mengenyangkan kerana kanji pulut itu sendiri.

Bagi mendapatkan juadah pulut gaul nyior ni, anda boleh berkunjung ke Restoran Pulut Ikan Bakar. Di sini, mereka menggunakan ikan bakar untuk dimakan bersama pulut dan isi kelapa. Ikan yang digunakan memang segar dan rasanya juga sedap. Mereka juga menjual satu lagi menu istimewa iaitu maggie ketam. Memang sedap tak terhingga kedua-dua juadah tersebut.