mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan November 2021: Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengenalan Kepada Internet)

Tarikh : 05 November 2021
Masa : 10.00 Pagi – 11.00 Tengahari
Lokasi : Secara Online
Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian  yang kecil untuk membentuk rangkaian internet.

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian pelajar didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Pelajar juga diajar untuk penggunaan Internet Explorer dan Google. Kemudian pelajar diajar bagaimana untuk mencari maklumat di laman web sebagai contoh laman web LHDN.

Gambar Disini