BELIA HARAPAN BANGSA
Malam Belia Cinta Allah Dan Rasul….Terkenang Kasih Pada UITM pada 03 September 2015 pada jam 9 malam di UITM Machang.
PEKERJAAN DAN MELANJUTKAN PELAJARAN
Kebanyakan remaja terutama lepasan sekolah akan mencari pekerjaan atau melanjutkan pelajaran. Masih juga terdapat remaja-remaja yang masih mencari pekerjaan yang akan dijanjikan gaji yang lumayan. Ini kerana mereka dapat membantu ibubapa dan adik beradik yang masih bersekolah. Bagi remaja yang mementingkan ilmu pengetahuan, mereka akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana selain untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, mereka dapat menaikkan taraf hidup dan mengharungi arus cabaran wawasan 2020.