Tarikh | : 20 Mac 2021 |
Masa | : 10.00 Pagi- 12.00 Tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Bukit Tiu |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi mendedahkan kepada peserta mengenai pentingnya bahasa inggeris dalam sistem pembelajaran dan mengetahui bagaimana untuk mempelajarinya dengan baik. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati melalui online.
Aktiviti
Pengajar menerangkan terlebih dahulu kelebihan mempelajari bahasa inggeris yang merupakan subjek yang penting, kemudian menunjukkan sumber yang boleh didapati didalam internet. Kebanyakkan pelajar melayari laman web Youtube, sebagai sumber rujukan. Pengajar menunjukkan sumber Youtube, dan laman web yang boleh didapati untuk mempelajari bahasa inggeris. Laman ini mengandungi pelbagai bahan untuk membantu pelajar mempelajari Bahasa Inggeris. Antaranya adalah dapat belajar beberapa frasa asas, kembangkan kosa kata serta berlatih dengan rakan untuk membuat latihan.