Tarikh | : 16 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi- 01.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Bukit Tiu |
Peserta | : 7 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mangajar peserta dan usahawan cara untuk memasarkan produk didalam aplikasi Shoppe. Shoppe merupakan platform yang popular pada masa kini bagi usahawan memasarkan aneka jenis produk mereka pada masa yang sama. Antara kelebihan mendaftar dan menjual dalam shoppe ialah tatacara yang tidak menyusahkan, mengambil proses yang singkat, tiada syarat yang ketat terhadap produk, “interface” yang lengkap dan mesra penguna, sangat mudah diuruskan, “coverage” meluas, “servis listing” percuma dan kos penghantaran ditanggung shoppe.
Aktiviti
Pelajar terlebih dahulu diperkenalkan dengan Microsoft Office Powerpoint dan juga bagaimana Microsoft Powerpoint berfungsi sebagai media pembelajaran dan pembentangan. Penggunaan Microsoft Powerpoint sebenarnya sangat menarik kerana terdapat pelbagai warna, huruf serta terdapat animasi teks, foto dan juga gambar yang dapat digunakan untuk paparan yang lebih menarik yang dapat digunakan sebagai slide presentation. Kemudian peserta diajar bagaimana cara menggunakan Powerpoint secara asas dan dengan betul supaya dapat digunakan dengan lebih baik.