mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Oktober 2020 : Multimedia (Suntingan Imej)

Tarikh : 01 Oktober 2020
Masa : 10.00 Pagi- 01.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Tiu
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Kelas ini memberi pengenalan dan pendedahan dengan penggunaan aplikasi online kepada peserta untuk suntingan imej. Peserta diajar cara untuk menyunting imej dengan betul menggunakan aplikasi online. Kemudian peserta diajar langkah demi langkah untuk membuat logo menggunakan aplikasi tersebut.

Aktiviti

Pelajar terlebih dahulu diperkenalkan dengan aplikasi suntingan imej seperti Microsoft Publisher dan aplikasi online popular iaitu aplikasi Canva. Kelebihan Canva ialah sebagai pelurus foto, Imej & Grafik, Penapis foto pelbagai efek, cara crop foto yang profesional, efek blur untuk foto ,masukkan Ikon profesional percuma ke dalam imej atau susun atur serta pelbagai lagi. Selepas para pelajar diajar cara menggunakan aplikasi Canva, pengajar mengajar cara menyimpan gambar daripada web (images), cara memasukkan gambar , menambah gambar ke dalam dokumen, serta menyimpan hasil kerja ke dalam folder .

gambar disini