Tarikh | : 13 Ogos 2020 |
Masa | : 2.00 Petang- 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat poster secara online. Aplikasi Canva diperkenalkan kepada peserta untuk membuat poster. Pendedahan mengenai poster secara online ini adalah penting untuk memupuk kreativiti peserta dalam penglibatan yang lebih moden menggunakan aplikasi online seperti Canva. Ini akan mewujudkan budaya celik IT kepada para peserta.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai cara membuat poster secara online mengunakan aplikasi Canva. Kemudian peserta diajar cara untuk membuat poster secara online . Caranya adalah dapatkan saiz yang betul terlebih dahulu. Dengan Canva, praset saiz poster standard telah disediakan untuk menjadikannya mudah. Kemudian, pilih templat poster, atau reka bentuk poster dari awal. Canva mempunyai ribuan templat untuk dipilih. Masukkan gambar yang hendak dipilih, tukar warna dan fon yang sesuai. Tambahkan mesej yang dikehendaki. Akhir sekali, Muat turun, cetak atau kongsi reka bentuk poster yang telah siap.