mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Ogos 2020 : Latihan keusahawan (Bengkel Shoppe)

Tarikh : 6 & 8 Ogos 2020
Masa : 10.00 Pagi- 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Tiu
Peserta : 25 Orang

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mangajar peserta dan usahawan cara untuk memasarkan produk didalam aplikasi Shoppe. Shoppe merupakan platform yang popular pada masa kini bagi usahawan memasarkan aneka jenis produk mereka pada masa yang sama. Antara kelebihan mendaftar dan menjual dalam shoppe ialah tatacara yang tidak menyusahkan, mengambil proses yang singkat, tiada syarat yang ketat terhadap produk, “interface” yang lengkap dan mesra penguna, sangat mudah diuruskan, “coverage” meluas, “servis listing” percuma dan kos penghantaran ditanggung shoppe.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai kelebihan Shoppe oleh pengajar. kemudian peserta diajar cara untuk membuat akaun shoppe. Aplikasi Shoppe memudahkan peserta untuk membuat urusniaga jual dan beli. Seterusnnya, peserta akan diajar cara untuk melengkapkan maklumat diri dan cara untuk memulakan perniagaan melalui platform tersebut. Peserta juga akan diajar cara untuk memuat naik produk masing-masing didalam Shoppe. Pengajar akan memeriksa setiap akaun Shoppe peserta untuk memastikan langkah-langkah yang diajar itu tepat. 

gambar disini