mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Julai 2020 : Microsoft Office Powerpoint

Tarikh : 03 Julai 2020
Masa : 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Tiu
Peserta : 5 Orang

Tujuan

Mengajar pelajar mengenali secara lebih terperinci mengenai Microsoft Office Powerpoint. Kegunaan Microsoft Powerpoint menjadikan slide presentation powerpoint lebih menarik melalui informasi visual yang terdapat dalam software tersebut. Ini akan menjadikan pelajar lebih mahir dalam menggunakan Microsoft Powerpoint untuk pembentangan.

Aktiviti

Pelajar terlebih dahulu diperkenalkan dengan Microsoft Office Powerpoint dan juga bagaimana Microsoft Powerpoint berfungsi sebagai  media pembelajaran dan pembentangan. Penggunaan Microsoft Powerpoint sebenarnya sangat menarik kerana terdapat pelbagai warna, huruf serta terdapat animasi teks, foto dan juga gambar yang dapat digunakan untuk paparan yang lebih menarik yang dapat digunakan sebagai slide presentation. Kemudian peserta diajar bagaimana cara menggunakan Powerpoint secara asas dan dengan betul supaya dapat digunakan dengan lebih baik.

gambar disini