Kisah Kejayaan Usahawan Q2 (2) (2020)
| Nama | Ayusniza Binti Che Ali |
| Umur | 44 Tahun |
| No Tel | 017-9295449 |
| Tahun menjadi Ahli PI | 2019 |
Latar belakang
Puan Ayusniza bt Che Ali adalah seorang guru tadika kemas. Beliau juga seorang usahawan kuih, biskut dan kek. Minat dalam pembuatan kek dan kuih mendorong puan Ayusniza membuka tempahan secara kecil-kecilan kepada orang ramai sejak 2014 lagi. Beliau banyak mengikuti kelas dan kursus kemahiran usahawan dan pembuatan makanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kawasan Machang sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam penjualan kek dan kuih adalah dalam anggaran RM1200.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet. Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM2500 – RM3000. Beliau kerap mempromosikan hanya menggunakan facebook, instagram dan whatsapp. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk terutamanya ketika di bulan puasa dan Hari Raya baru-baru ini. Tempahan dari kenalan dan pelanggan amat menggalakkan dan mendapat permintaan ramai.