Tarikh | : 12 Oktember 2019 |
Masa | : 8.30 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 16 Orang |
Tujuan
Program MIV with DTT workshops adalah untuk memberi peluang kepada para sukarelawan Pusat Internet kg Bukit Tiu untuk bersama-sama membantu komuniti kampung dalam memberi pendedahan mengenai ICT. Selain itu juga melahirkan lebih ramai komuniti kampung celik ICT. Program ini menyasarkan peningkatan literasi digital dalam kalangan masyarakat setempat dengan tujuan penambahbaikan aktiviti harian, urusan sosial serta menyumbang potensi besar dalam perniagaan secara dalam talian. Program tersebut dihadiri oleh Pemantau MIV MCMC dan para Sukarelawan dari tiga Pusat Internet yang terlibat.
Aktiviti
Terlebih dahulu wakil MCMC dari Sabah memberikan sedikit taklimat mengenai MIV kepada sukarelawan dan staf Pusat Internet yang terlibat. Kemudian wakil MCMC mengedarkan goodies dan menerangkan mengenai siaran tv digital yang telah diperkenalkan dan akan diaplikasikan di seluruh negara. Wakil MCMC juga memberikan tunjuk ajar bagaimana MIV boleh bergiat aktif dan menjalankan aktiviti untuk memperkenalkan ICT dan kepentingannya kepada komuniti.